media dan hiburan malaysia???
hari ni…aku terbukak laman web tv 3.. kerana kadang2 aku suka menonton drama2 bersiri di malaysia jadi banyak jugak lah drama2 bersiri yg telah aku abis nonton.
tapi malangnya…penerbit2 drama .. mahupun filem2 di MALAYSIA.. selain dari ketandusan idea dan cerita2 yg menarik… juga selalu mempaparkan kehidupan2 orang2 melayu di Malaysia yg x sedar diri. sama ada pihak penerbit yg x sedar diri… atau memang realitinya begitu. begitulah kesimpulan awal dan akhir aku mengenai hiburan di MALAYSIA. lebih dari 70 peratus drama2 bersiri MELAYU di MALAYSIA memaparkan kisah2 kehidupan orang kaya..datuk2..datin2.. x sedar diri ke tuh? padahal berapa kerat je org MELAYU yg kaya begitu..x sampai 5 peratus yg kaya sepertimana digambarkan oleh penerbit2 drama dan filem di MALAYSIA. dan betapa kurangnya unsur2 teladan dan panduan hidup yg boleh diambil dari cerita2 tersebut.
Bagaimana digambarkan anak2 melayu gemar berfoya2 di disco, gemar bertukar2 pasangan, sementara yang kaya raya..bertaraf datuk.. membawa watak sugar daddy… sementara datin2 membawa watak mak ikan…ataupun lebih senang difahami.. membela anak2 ikan. begitulah realiti drama2 dan filem2 di MALAYSIA masa kini. Adakah benar apa yg digambarkan oleh media2 hiburan tersebut? kehidupan mereka yang kaya raya diketengahkan..gaya hidup barat mereka dipuja.sehingga menjadi ikutan anak2 melayu lainnya. Mengapa anak2 melayu? kerana anak2 cina tidak menonton drama2 MELAYU. jadi selayaknya dituju kepada rakyat2 MALAYSIA yg berbangsa MELAYU.mentransformasikan pemikiran dan gaya hidup ketimuran mereka..dan drama2 seperti itu wajarnya cuba menghakis budaya dan cara hidup sebenar orang MELAYU. Merosakkan pemikiran anak2 muda yang kini kian hanyut. Boleh dikatakan penyebab utamanya adalah media itu sendiri. Kerajaan cuba mengangkat martabat kehidupan sebenar cara ISLAM dan TIMUR dan dalam pada itu meluluskan aktiviti2 merosakkan secara besar2an dan menyeluruh usaha yang mereka uar2kan.Adakah hangat2 tahi ayam?
MEDIA HIBURAN tidak ke mana2, tidak ada apa yang perlu mereka banggakan, melainkan dari memungut keuntungan sebanyak mungkin dari hasil menipu rakyat2 mereka sendiri. Atau mungkinkah satu hari nanti media kita akan menjadi seperti media2 di INDONESIA, terang2 dan secara berani menipu rakyat di republik tersebut. Tapi media kita masih belum terlambat, dan masih sedikit yang perlu diperbaiki tetapi sebelum menokok menambah menjadi parah, wajarlah diberi perhatian yang secukupnya.Ubahlah tema dan jalan cerita, jika mahu rakyat yang berfikiran matang menjadi tunjang yang akan jatuh dan bangun bersama2 mereka.BUkan sekadar menghibur hati menonton drama2 yang mereka siarkan, tetapi juga agar teladan dan pengajaran jadi perkara pokok. Paparkan apa yang sebenarnya di MALAYSIA… bukan hanya kehidupan segelintir mereka yang hidup x sedar diri. yeahhh…
July 9, 2009 at 12:28 am
hahaha.. kantoi layan drama2 malaysia kt tv3..
ak ingat ko x layan benda2 nih sumer..
biasak aa jii, bukan salah media gak sumer nih, dah ade segelintir rakyat yg suka tgk drama2 camni yg membuatkan genre yg sama jer yg di tayang kt tv.. cube ko hantar komen baik punyer kt paper @ tinggalkan komen kt laman web tersebut, mesti ko dpt maklum balas baik punye.. jangan ko maki hamun plak.. x pasal2 ko kene balik malaysia raya nih free2 jer.. :p
July 9, 2009 at 11:18 am
alaa…x cukup besa rumah tu, x lyk la nk masuk tv. kekeke.
kalu x kaye, x best ah citer. jd am hidup yg bosan.
to producer tachi ga omotteiru kamo.
July 15, 2009 at 1:23 am
Salam ziarah sulung..buhla shoutbox, leh maki kat situ..haha..ang apa citer?? main bola lagi ka??
July 20, 2009 at 7:53 pm
*berblog-hopping di kala sepatutnya study*
nice one lah senpai. hoho. two thumbs up!
August 19, 2009 at 2:18 pm
kehkehkeh…msti mu layan cite jiwang kat tv3..hahha…muke brutal,hati pink..hahahha…relik jie…pas ni kite buat cite sndri…heheh