ape2 saje

Tgh aku sedang dalam kebosanan tahap gampang cam nih.. jari2 jemari aku tak dapat kutahan menaip keyboard dgn begitu pantas tanpa sempat aku memikirkan apa yang aku harus aku luahkan.

Jangan tersilap kerna apa yg aku tulis bukan untuk dikongsi, bukan untuk diberitahu , bukan untuk digembar-gemburkan pada dunia. Aku jenis yg bukn mudah berkongsi, jauh sekali bercerita kehidupan bosan aku sehari2.

Tp tiba hadnya, kebosanan ini mengajak aku meluahkan di dpn display laptop 13.3 inchi ini. bosan2……………….

 

Arghhh.. bowsang2222…

Manusia yang bosan gemar mencari apakah aktiviti yang terbaik untuknya.

Kadang2 hiburan menjadi salah satu jalan gelap dan hitam dipilih mereka. Kita sekali lagi jatuh ke dalam lubang perangkap mereka. Mereka? aku tidak berminat bercerita mengenai mereka. Anggap sajalah mereka yang aku maksudkan adalah satu benda yang korg semua tak minat untuk amik tau. Aku memilih untuk menggunakan perkataan mereka kerna aku sendiri pun tidak jelas apa yang harus aku gambarkan mengenai mereka. Lupakan.

Bercerita mengenai watak2 lain dlam dunia amat menyusahkan dan mungkin aku akan diberikan gelaran bz body. Jadi aku lebih suka meluahkan apa yang aku rasa. Pahit? Manis? masam? payau? aku sendiri yang rasa jadi aku tahu apa yang akan aku gambarkan.

straighforwardly, aku bukanlah org yang pandai bercerita… aku lebih suka dengan melalut dan melolot. sehingga kekadang aku hilang arah mengenai apa yang bakal aku beritahu.

tajuk aku bosan.

Aku tekan youtube. cuba mencari apa yang menarik. sama seperti apa yang aku lakukan bertahun2 lepas. Tetiba entah mcm mana tangan aku gatal mendonlod cerita holi wood(hutan suci) bertajuk growns up.

Aku lebih suka cerita2 ringan seperti movie ini yang aku rasakan tak terlampau pening dan berbelit untuk aku fikirkan. Tahap kemampuan otak aku berfikir buat masa ini boleh aku klasifikasikan tahap yang terburuk dan tergampang tatkala aku memang begitu malas berfikir. Setahun 2 ini aku lebih suka berkhayal dari berfikir. termenung. AKu sendiri tidak pasti apakah yang aku cari.

mungkinkah ketenangan? atau kebahagiaa? walaupun aku sedar ini bukanlah wktu yang terbaik untuk bermonolog seorang diri tapi bila lagi? sampai saat aku mungkin beranak pinak nanti? atau sampai tiba saat aku sudah merasakan sudah terlalu tua lagi untuk berimaginasi? terkelu aku mencari penyelesaian seorang diri.

Sekali lagi aku melalut tanpa aku sedari melupakan topik asal flow cerita ini. Kembali pada growns up, walaupun ia adalah sebuah movie yang cuba mengambil tema kekeluargaan ………………… tapi kdang2 aku terhibur melihat unsur lucah2 yang susah aku gambarkan adakah terlampau atau tidak? YOU WATCH THEN YOU JUDGE.

OK. bagi mereka yang sudah rasa bosan dengan tajuk aku… aku alu2kan berehat minum kopi seketika.. layan facebook sementara menanti mood membaca datang kembali. Aku mmg suka menulis. Aku suka berkarya. Tapi terpulang cara aku menyampaikannya.

Melihat pada Growns up, aku tersentuh melihat bagaimana persahabatan 3o tahundulu  berputik hadir kembali di saat mereka bertemu dalam majlis pengebumian guru mereka.

Membesar dengan pelbagai gaya, berjaya dalam ertikata mereka sendiri, dengan anak pinak masing2… memberi tamparan awal kepdaku.. mungkini inikah yang bakal berlaku kepada aku 30 tahun nanti?

Termenung lagi melihat movie ini.  atau hidup lagikah 30 tahun nanti? dan betapa rindunya mengimbau peristiwa 30 tahun dahulu??

Melihat kembali hidup aku sendiri 10 tahun lepas sudah cukup mendatangkan persaan sayu. Masa yang tak mungkin akan berputar kembali. Dan mesin masa yang tak kan mungkin akan tercipta di dunia ini.

saat aku terjun ke dalam parit mandi manda. masuk utan mencari cabaran.. berkeliaran di mlam raya… hidup di kampung yang sungguh tenang dan jauh dari memikirkn arah tuju kehidupan yg bosan.Kampungku yang indah.. rakan2 sekolahku yang riang gembira.. cikgu darjah 1 yg dah aku x tau kemana boleh aku cari dia lagi..sudah tua dan berumurkah dia? 16 tahun lepas dia mengajarkan aku A,B,C…. 1+1=2.. ingin aku berjumpa dia kembali.. bertanyakan padanya… masih ingatkah lagi dia pada murid2nya 16 tahun lampau… bagaimana sabar dan tabahnya dia mengajarkan kami, dan bukan bercakap kosong.. ia masih segar dalam ingatan aku lagi. masih dan masih dan akan terus masih.

dan adakah kehidupan kita seperti apa yang dibawakan dlm cerita growns up? Aku masih terpkir2..

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.