Surat kepada Jepun

Tak pernah sekali aku berbicara ditujukan khas kepadamu.Tragedi menyayat hati membuat aku tidak mampu lagi menutup mulut terkatup rapat semberono.Masih ku ingat saat pertama kali aku jejakkan kaki di tanahmu. Kembang mekar bunga sakura, dingin nyaman angin menyambut ketibaanku. Yang melepaskan segala impianku melihat betapa gahnya bangsamu berdiri teguh.

Kini, matahari yang terbit di subuh hari tidak lagi mampu menyinari hari ceria di tanahmu. Hanya sadis dan pilu sebagai penyambut membuka mata. Ku pohon agar bumimu tidak terlepas dari barokah dan hidayah dari-Nya.

Ku tulis surat ini, ku wakilkan terhadap pincangnya sikap bangsaku.  Bukan aku maksudkan diriku sesempurna itu bagi mewakili saudara sebangsaku, tapi cukuplah sekadar aku merasakan itu tanggungjawabku meletakkan walau secubit rasa peka di benak kepalaku memohon kemaafan. Pincangnya mulut mereka, lawaknya jenaka mereka, maafkanlah kerana mereka masih jahil. Kerana mungkin mereka masih dibuai empuknya tilam dan indanya permaidani yang mereka hamparkan.

Bukan niatku memperli bala bencana yang melandamu, kerana aku pernah merasakan peritnya kehilangan suku juta bangsa seagamaku tatkala tsunami yang maha hebat melanda lembahku setengah dekad lepas.Tetapi, teknologi bukanlah tuhan sebagaimana rakyatmu pernah ungkapkan padaku. Sebagaimana tuhan yang pernah aku ceritakan kepadamu, itulah kehebatannya seperti yang kau saksikan sendiri umpama mala petaka yang pernah melanda bangsa terdahulu.

Bangkitnya kau dari perang yang kedua, membawa beribu kemodenan dan impak besar pada dunia, kemajuan dan kesempurnaan yang senantiasa diimpikan sekalian umat manusia. Kami di sini gah memandu kereta jenamamu, kami selesa mendengar lagumu, bahkan ada rakyat kami fanatik terikut rentakmu.Malunya kami kerana hilang jati diri dan keyakinan sendiri. Bahkan ada antara kami begitu memuja dan menyanjungmu.Hebatnya kau di sisi kami tatkala wujud secebis rasa bangga menyebut namamu.

Aku mohon sekali lagi kau bangkit, tapi dengan ideologi berbeza, agar kau lihat betapa besarnya tuhan yang selalu kami sebut dan kau bersama kami memperjuangkan risalah yang kami bawa. Kerana ini baru permulaan. Gambare nippong!!!

Advertisements

One Response to “Surat kepada Jepun”

  1. jie_kemmah Says:

    jie kemmaaaaaaaaaaahhhhhh….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: